COVID-19 | MATA gesa kerajaan sekat pelancong China

2022-12-30 0

Persatuan Agensi Pelancongan Malaysia (MATA) menggesa kerajaan agar menangguhkan sementara kemasukan pelancong dari China sehingga kes harian COVID-19 di negara itu reda.

Menurut Presidennya, Datuk Dr Mohd Khalid Harun, lonjakan ketara kes COVID-19 di China baru-baru ini meningkatkan lagi potensi varian baharu yang bakal muncul sekali gus memberi kegusaran kepada rakyat malaysia khususnya pemain.